UNI SIFOODOTCOM

Platform pembelajaran online untuk kursus kreatif multimedia.

Tak kira di mana anda berada, kini anda boleh mengakses bahan pembelajaran untuk kursus-kursus yang biasa dikendalikan oleh team SIFOODOTCOM dalam format video arahan, video latihan contoh, nota teks, links sumber menarik. Anda boleh tetapkan jadual masa sendiri untuk menghabiskan topik-topik yang telah disusun bagi setiap kursus. Dan, dapatkan sijil digital apabila anda berjaya menamatkan kursus! 

Kategori Penyampaian Kursus:

  1. SL: Self Learning
  2. F2F: Face To Face
  3. OL: Online (via Zoom)

Sertai Kursus Online Secara Live via Zoom

Jika anda berminat untuk menyertai sesi kursus online secara live, kami membuka pendaftaran untuk tajuk-tajuk di bawah ini untuk anda.

Kaedah Pembayaran

Sistem kami menerima VISA / MASTERCARD Debit Card atau Credit Card. Cuma, kami tidak dapat menerima automatik FPX Local Online Banking disebabkan kami menggunakan platform luar. 

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tak boleh buat bayaran guna Debit Card atau Credit Card. Kami boleh proses pembayaran secara manual melalui Bank Transfer. Anda hanya perlu menghubungi kami secara terus melalui emel [email protected] atau 011-5929 4002. Atau, klik link ini: https://unisifoo.wasap.my 

Soalan Lazim / Frequently Asked Questions

  • Apakah Itu UNI #SIFOODOTCOM?

    UNI #SIFOODOTCOM adalah platform kursus online yang dikendalikan oleh team Sifoo.com. Semua kursus yang disediakan di sini boleh diakses melalui online.

  • Bagaimana sekiranya saya ingin sertai kursus?

    Anda boleh memilih dan mendaftarkan diri dalam tajuk kursus yang diingini. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Setelah anda mendapat akses ke dalam kursus tersebut, anda terus boleh mula belajar. Mengikut masa anda sendiri. Pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

  • Apakah format pembelajaran dalam setiap kursus?

    Format pembelajaran berbeza mengikut setiap pengajar. Tetapi secara umumnya, kandungan utama pembelajaran akan dipersembahkan dalam format video yang lengkap dengan arahan audio, demo pada skrin dan contoh latihan yang jelas. Terdapat juga bahan-bahan pembelajaran yang dipersembahkan dalam format slaid, imej, teks, links dan audio.

  • Adakah saya akan mendapat sijil kursus?

    Ya. Untuk kursus berbayar, terdapat sijil digital untuk peserta yang berjaya menyelesaikan keseluruhan topik pembelajaran dalam setiap kursus. Sijil digital boleh didownload dan dicetak sendiri oleh peserta.